05 January, 2009

TAHUN BARU.. AZAM BARU.. BANJIR PUN BARU BERMULA...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera..
Teman mengharapkan semua insan di alam fana ni diberi nikmat kesihatan yang berkekalan.. bagi Saudara kita yang sedang berperang di palestin tu, marilah kita doakan agar saudara-saudara kita tu diberi kekuatan oleh Allah.. Bagi yang sihat tu pula, jangan lupa itu cuma nikmat sementara.. jangan alpa dan leka dengan nikmat dunia, kadang kala tuhan sekadar menguji hamba2nya..



Teman2.. hari ni dah 5hb Januari dah bersamaan 8 Muharam.. Bermakna dah 5 hari kita berada dalam tahun baru 2009, dan Lapan hari kita melangkah ke tahun baru islam 1430.. so teman yakin kita ada macam2 azam.. kalau budak sekolah tu, mesti ada yang berazam nak belajar rajin2, kalau yang baru grade tu, berazam nak cari kerja bagus2, kalau orang2 politik tu plak, pasti sedang mencongak macam2 perkara untuk meningkatkan pengaruh politiknya.. bukan sahaja pengaruh di peringkat tertinggi, tapi pengaruh di dalam cawangan masing2.. manakala, bagi orang berniaga, teman yakin ramai yang berazam untuk meningkatkan keuntungan dalam perniagaan.. itu pada teman perkara normal.. tapi jangan terlebih ambil untung udah le..






Itu perihal azam tahun baru.. yang teman nak sentuh ni adalah perihal banjir.. teman lihat dah hampir 4 hari hujan x henti2 khususnya di kuantan.. di Daerah Rompin pun hujan jugak.. cuma teman berharap kalaupun berlaku banjir, tidaklah seteruk seperti yang berlaku pada tahun lepas.. bukan apa, teman ni kesian sangat2 pada mangsa2 banjir tu.. dah la susah hati kena pindah ke pusat pemindahan, lepas tu, yang lebih susah hatinya apabila ada harta benda yang musnah.. kalau setakat perabot yang musnah, boleh tahan lagi.. tapi macam mana kalau dengan rumah2 sekali yang musnah.. tak ke haru dibuatnya.. itulah yang berlaku pada tahun lalu.. sebabnya teman kesian sangat kan sahabat teman khususnya yang tinggal di KG AUR, teman dimaklumkan ada 5 biji rumah yang roboh dan dihanyutkan air, salah satunya rumah sahabat baik teman.. so, teman harap2 tahun ini x ada dah banjir sebegitu.. itu doa teman.. So teman harap kepada mangsa banjir.. Hati2.. Jaga Diri, Jaga Keluarga, Jaga anak2.. Jangan galak sangat main air.. Bak kata orang tua2.. Malang X Berbau.. Teman doakan semuanya selamat..















23 December, 2008

KEBESARAN TUHAN

Assalamualaikum & Salam Perjuangan untuk semua sahabat...
dalam kesibukan teman mencari nafkah hidup.. teman cuba luangkan masa untuk menjengok blog.. x ada isu menarik untuk teman kongsi.. kaki bola khususnya penyokong MUFC tentunya masih seronok sebab MU menang liga kelab dunia, Bagi penyokong Leverpool, teman pasti ada yang terbakar baca kenyataan Arsene Wenger kata Leverpool pengecut sebab tak boleh kalahkan Arsenal yang main 10 orang.. itu kisah bola.. tapi yang teman nak tulis bukan pasal bola, tapi pasal Kebesaran Tuhan.. kalian tengok la sendiri gambar dibawah.. kalimah Allah terbentuk dari dahan2 pokok, Pokok Sujud.. tu semua kebesaran Allah belaka tu.. makanya teman cuma nak ingatkan kalau kita ni tak sujud pada Allah seperti diperintahkan.. Lu Pikir La Sendiri, mana baik kita dengan pokok tu...
"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."
(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)



Sesungguhnya bukan manusia sahaja yang tunduk menyembah Ilahi, namun makhluk lain turut mengabdikan diri kepada Tuhan. Seperti mana yang dapat dilihat pada fenomena ini yang berlaku di hutan berhampiran Sidney. Ia menunjukkan seolah-olah batang pokok ini sedang tunduk dan patuh terhadap yang Esa. Dapat dilihat separuh daripada batang pokok itu bongkok seperti seorang muslim sedang sembahyang dan juga seperti tangan manusia yang berada di lutut sewaktu rukuk. Justeru itu kita sebagai hamba di muka bumi ini haruslah mengambil iktibar daripada kejadian aneh ini.

Teman2.. kalau tahun lepas, masa ni orang daerah rompin khususnya di Pinggiran Sungai Rompin baru je lepas Banjir Besar.. tapi Alhamdulillah, tahun ni nampak gayanya OK, teman doa moga2 kekal ok, sian orang kampung yang kerja nelayan, Menoreh Getah, macam2 la.. bila musim banjir.. diorang ni terputus sumber pendapatan..

19 December, 2008

DEMI MASA


DEMI MASA,SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN,MELAINKAN ORANG-ORANG YG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, SERTA SENTIASA BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN KESABARAN..AL ASR



Teman menitipkan tafsir surah al asr di pagi jumaat yang mulia ni sebagai muhasabah diri, bukan sahaja untuk diri teman, tapi untuk kita semua yang mengaku hamba Allah SWT dan Umat Rasulullah SAW.. bukan apa, teman ni bukan la ustaz yang layak untuk memberi kuliah mahupun tazkirah, tapi sekadar menginsafi bahawasanya setiap insan itu ada peranan sebagai pendakwah walaupun untuk kaum keluarga sendiri.. apatah lagi jika kita mampu untuk berdakwah kepada orang lain..


Teman2, hidup kita ni kan sementara, so sementara kita diberi ruang untuk bernafas, diberi kekuatan untuk bergerak, diberi nikmat untuk menikmati nikmatnya dunia, marilah kita sama-sama bersyukur dengan setiap yang kita perolehi.. Ustaz2 teman selalu pesan, jangan Riak, Jangan Sombong, Jangan Sakitkan hati Orang, Jangan3x pada benda yang tak elok, dan slalu ingatkan teman.. JADILAH YANG TEBAIK SETAKAT YANG KITA TERDAYA..

18 December, 2008

MACAM-MACAM ISU

Assalamualaikum... dah dua hari teman tak buka PC, maknanya dua hari juga la teman tak usik blog teman ni, so pagi ni teman awal2 pagi dah buka PC sebab teman nak tengok pekembangan semasa, macam2 perkara teman baca pagi ni,. dari Isu global iaitu penurunan Harga Minyak terendah selepas 2004 iaitu kurang dari AS$40 setong ( maknanya harga tempatan sepatutnya lebih kurang RM1.50 / Liter ) hinggalah ke isu tempatan khususnya dalam Blog Pahang Daily. Teman ni tak tau sapa benar sapa salah.. kalau teman baca PDO, habis Semua salah, MB salah, Exco ( Shafik Fauzan ) kena kutuk, Mentiga Corporation nak bangkrup, SETPOL MB nak saman PDO, Macam2 lah.. habis semua tak betul.. Buka ape, teman ni orang kampung, bila banyak sangat isu2 macam ni, teman rasa bukan takat teman yang pening.. kalau terbaca dek orang kampung lagi lah deme2 ni pening..
kemudian bila teman buka blog PEMUDA ROMPIN, tak update la pulak, last updatenya teman tengok 10hb Disember hari tu, pelik teman.. rasanya ramai AJK PPU yang baru boleh monitor blog ni.. jangan la sampai orang mengata, orang lain ada blog, kita pun nak berblog.. teman harap PPU ROMPIN prihatin sikit, jangan marahkan teman, teman tegur untuk kebaikan deme2 sebagai pepimpin pemuda di Daerah Rompin, Daerah Teman Jugak tu.. Teman harap DATO' SAFHRI tengok2 Blog PPU, itu imej deme jugak..

15 December, 2008

SALAM PERSAHABATAN

Assalamualaikum.. Buat tatapan warga Rompin.. walau dimana kalian berada, tidak kira kampung mahupun Felda, moh le kita layan era blog-memblog ni.. teman ni buka ape, kepingin gak nak memberi pandangan dan buah fikiran untuk semua, khususnya warga rompin.. teman tengok orang rompin dah mula menjengok Dunia IT ni.. Bukan takat orang politik, budak-budak sekolah pun dah ada blog, Teman tengok orang PAS ada Blog, Orang UMNO ada Blog.. Bagus la.. ssebabnya blog sekarang ni dah jadi wadah untuk semua makhluk bernama Manusia .. TAHNIAH le.. so, teman harap, kehadiran teman ni dapat memeriahkan lagi dunia IT untuk warga Rompin walau dimana kalian berada..